Profile Sekolah



SEJARAH SEKOLAH KEBANGSAAN PALONG 7 (F)

            Sejarah Sekolah Kebangsaan Palong 7 (f) telah dibuka pada 4 Januari 1982 dengan menumpang bangunan sementara Pejabat Felda Palong 7 yang mengandungi 4 bilik darjah sahaja. Murid-murid yang belajar di sekolah ini pada masa itu terdiri daripada anak-anak penduduk Felda Palong 7 dan Felda palong 8 juga sebahagian kecil anak-anak penduduk Kampung Jeram Panjang yang merupakan generasi pertama.

            Keramaian murid pada awalnya ialah 238 orang murid Melayu, dan 28 orang murid India. Murid-murid belajar dalam 7 aliran / kelas dengan tenaga pengajar pada masa itu terdiri daripada 4 orang guru terlatih dan 5 orang guru sementara dengan diketuai oleh En. Abdul Malek Bin Ujang. Beliau merupakan Guru Besar pertama di Sek. Keb. Palong 7 (f). Oleh kerana kekurangan bilik darjah maka pihak sekolah terpaksa mengunakan 3 buah rumah kediaman sebagai bilik darjah tambahan bagi menampung kekurangan kelas.

            Pada 27 April 1983 , dengan bantuan kerajaan bangunan sekolah kekal telah siap dibina dan boleh digunakan. Bangunan kekal ini mengandungi 12 buah bilik darjah, sebuah bilik pejabat, sebuah bilik guru, sebuah perpustakaan, sebuah bilik muzik, sebuah bilik kegiatan Agama Islam, sebuah bilik pemulihan dan sebuah kantin. Keramaian murid pada tahun itu ialah 584 orang murid. Oleh kerana sekolah memerlukan 15 buah bilik darjah bagi menampung semua murid maka bilik muzik, bilik kegiatan Agama Islam dan bilik pemulihan terpaksa diubahsuai menjadi bilik darjah. Pada masa itu bilangan tenaga pengajar telah meningkat kepada 16 orang guru yang terdiri daripada 13 orang guru terlatih dan 3 orang guru sementara.

            Pada tahun 1984, jumlah murid telah meningkat kepada 767 orang murid. Mereka belajar di dalam 18 buah kelas dari tahun 1 hingga tahun 6. Oleh kerana kekurangan bilik darjah maka persekolah terpaksa diubah kepada 2 sesi persekolahan iaitu sesi pagi dan petang. Guru yang bertugas pada masa itu seramai 19 orang guru.

            Pada tahun 1985 jumlah murid telah bertambah lagi seramai 107 orang murid dengan keseluruhan seramai 874 orang murid. Tenaga pengajarnya pula seramai 29 orang guru. Pada Januari 1986 pula, keramaian murid telah bertambah menjadi 1024 orang murid dengan tenaga pengajarnya 28 orang guru. Bilangan murid terus bertambah dari setahun ke setahun iaitu pada tahun 1987, bilangan murid seramai 1182 orang murid, tahun 1989 – 1990 (1845 0rang murid) dan bilangan guru seramai 38 orang guru. Untuk menampung bilangan murid yang bertambah dari setahun ke setahun, satu blok bangunan tambahan projek gotong royong yang mengandungi 4 bilik darjah telah siap dan boleh digunakan pada 20 April 1987

MAKLUMAT TAMBAHAN

            Pada 1988 satu lagi blok bangunan telah dibina dengan mengandungi 4 bilik darjah untuk menampung bilangan murid yang seramai 1542 ornag murid dan tenaga pengajar seramai 35 orang guru. Bangunan ini telah siap dibina dan boleh digunakan sepenuhnya pada 12 Januari 1989. Pada tahun 1989 bilik Pusat Sumber telah diubahsuai menjadi bilik darjah bagi menampung bilangan murid yang bertambah seramai 1689 orang murid dan bilangan guru seramai 61 orang pada tahun itu. Maka satu bangunan khas Pusat Sumber telah siap dibina dan dibuka sepenuhnya pada bulan Mei 1990. Pada 25 Januari 1991 satu blok bangunan 4 bilik darjah telah siap dan digunakan bagi menampung bilangan murid yang bertambah menjadi 1845 orang murid dan tenaga pengajar seramai 69 orang guru. Pada tahun 1992 keramaian murid bertambah kepada 1987 orang murid.

            Mulai pada 1 januari 1996 Sek. Keb. Palong 7 (f) kembali pada 1 sessi persekolahan iaitu waktu pagi. Ini kerana Sek. Keb. Palong 8 telah siap dibina sepenuhnya dan sessi persekolahan juga dapat dijalankan. Pembinaan Sek. Keb. Palong 8 dibina bagi menampung bilangan murid yang bertambah setiap tahun dimana terdiri daripada anak- anak peneroka Felda Palong 7 dan 8 serta Kampung Jeram Panjang. Sehinggalah pada tahun 2005 jumlah murid seramai 575 orang murid dengan tenaga pengajar seramai 34 orang guru terlatih. Tahun 2006 (549 orang murid), (32 orang guru).

VISI SEKOLAH

Pendidikan berkualiti insan terdidik negara sejahtera.

MISI SEKOLAH

Melestarikan sistem pendidikan yang berkualiti untuk membangunkan potensi individu bagi memenuhi aspirasi negara.

LOGO SEKOLAH



ALAMAT SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Palong 7 (F),
Felda Palong 7 (F),
73470, Gemas, Negeri Sembilan, Malaysia

Telefon :          6064645348
Fax :                6064645348
Email :             skpalong7@yahoo.com


Web:                http://pss-skpalong7f.blogspot.com/2009/07/sejarah-sekolah.html

No comments:

Post a Comment