INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR
SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN
TUGASAN PROJEK
HASIL
PEMBELAJARAN
1. Menggunakan internet, laman web, pembelajaran secara dalam talian dan
luar talian, model perpautan dalam penyusunan bahan dan perpautan antara bahan.
2.
Memilih bahan internet
untuk pengajaran dan pembelajaran.
3.
Membina objek pembelajaran
yang mudah.
4.
Mengedit bahan pengajaran
secara dalam talian.
5.
Mengaplikasi teknologi
maklumat dan komunikasi dalam pengajaran dan pembelajaran
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1,2, 3, 4 dan 5
OBJEKTIF
TUGASAN
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut :
1. Memahami kandungan kursus Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Berbantukan Komputer
2. Memaksimumkan penggunaan komputer
untuk kemahiran abad ke-21 yang memfokuskan teknologi maklumat dan
komunikasi (TMK).
SOALAN
TUGASAN
Pada abad ke-21 penggunaan ict dalam
pengajaran pembelajaran amat penting sebagai sumber dan media pelaksana. Hal
ini merangkumi aspek merancang, mengurus dan melaksanakan pdp di bilik darjah.
Berdasarkan pernyataan tersebut pelajar dikehendaki membuat tugasan seperti di
bawah.
1. Merujuk kepada Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) Bahasa Malaysia SJK Tahap 1, pilih
satu unit dari senarai Standard
Kandungan iaitu satu kemahiran bahasa (kemahiran
Mendengar/Bertutur/Membaca/Menulis). Muat
turun bahan bantu mengajar yang sesuai dengan kemahiran yang dipilih
berbentuk satu rakaman video, audio
dan imej dari laman sesawang dan
menyimpannya dalam folder berasingan. Lakukan
pengeditan dengan membuat penambahan atau pengurangan mengikut kesesuaian
dan menyimpannya dalam bentuk softcopy.
Bahan asal mesti disertakan sekali. Huraian justifikasi pemilihan bahan perlu
anda lakukan iaitu merujuk kepada kesesuaian bahan dengan kemahiran.
2. Berdasarkan satu tajuk pelajaran yang dipilih, sediakan bahan bantu mengajar
berasaskan satu rakaman audio dan satu rakaman video untuk satu sesi
pengajaran. Fokus utama ialah membuat
rakaman audio dan rakaman video yang sesuai dengan tajuk.
3. Menghasilkan
satu laman blog yang lengkap dan alamat URL yang tepat bagi tujuan
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan memuat naik perkara 1 dan 2.
Laman blog yang dibina perlu mengandungi
perkara berikut:
a. Tajuk
laman blog 'MARI BELAJAR BAHASA MELAYU BERSAMA CIKGU ...
b. Maklumat
diri anda dan gambar berukuran kad pengenalan.
c. Lencana
sekolah, misi dan visi, profil sekolah, kata aluan anda.
d. Ruangan
kenali guru-guru Bahasa Melayu di sekolah anda (sertakan gambar dan kelulusan).
e. Aksesori
tambahan - jam, kalendar, bilangan pelawat, buku pelawat dan lain-lain.
f. Sudut
latihan bahasa Melayu (sediakan 3 latihan).
g. Pautan
ke akhbar perdana dan beberapa jabatan berkaitan.
No comments:
Post a Comment