Penggunaan
Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi kesalahan untuk:
- Menyalur sebarang bahan haram,
lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, memfitnah atau menabur
perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.
- Menggalakkan perilaku yang
boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara
serta perlanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
- Menganjur perbuatan yang boleh
membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
- Menggalak, membangun atau
menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim pyramid dan surat
berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
- E-mel
5.1 Menghantar iklan yang tidak dikehendaki ( unsolicited
advertisement/ spam ) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang
mengelirukan ( deceptive marketing).
5.2 Melakukan pengeboman e-mel ( mail bombing),
iaitu secara sengaja membenjiri e-mel seseorang dengan menghantar e-mel yang
sama atau bersaiz besar.
5.3 Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak
kumpulan berita ( newsgroup ). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup
spam.
5.4 Memalsukan e-mel ( forged header ) bagi tujuan
mengelirukan penerima.
5.5 Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan
dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang
dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan
antarabangsa.
5.6 Menceroboh ( hacking ) sistem pengguna
individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap
sebagai pencerohohan:
a) Memasuki secara haram atau
menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.
b) Menghalang identity pengesahan
pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer atau rangkaian milik
orang lain.
c) Menyebabkan gangguan
perkhidmatan kepada komputer host ( to crash the host ).
5.7 Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada
sebarang borang, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan
nombor kad kredit.
5.8 Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (
network monitoring ) bagi mencuri atau memintas data yang bukan ditujukan
kepadanya.
No comments:
Post a Comment